Back to top
Pengakap 61. Hulu Langat, Selangor.


Cari:



Sunday, March 25, 2012
Senarai Ikatan dan fungsi

Berikut merupakan beberapa jenis ikatan besertakan fungsi-fungsinya:


BUKU SILA
Menyambungkan dua tali yang sama besar.
Mengikat bungkusan.
Mengikat atau mematikan anduh.
BUNGA GETI
Menyambung dua tali yang tidak sama besar.
Menyambungkan penjuru kain dengan tali seperti mengikat bendera dengan tali.
TINDIH KASIH
Menyelamatkan orang di dalam kecemasan (menaikkan atau menurunkan orang).
Mengikat atau menarik kayu.
LILIT PEMATI BIASA
Mematikan hujung tali supaya hujung tali itu nampak kemas dan tidak terbuang.
SIMPUL MANUK
Mengikat tali pada batang kayu.
Mengikat tail sampan atau bot semasa berlabuh.
Mengikat khemah pada tiang kayu.
Memulakan ikatan pada kayu.
LILIT DUA SIMPUL
Mengikat tali pada pancang khemah.
SIMPUL PULIH
Memendekkan tali tanpa memotong.
Menguatkan tali pada tempat yang reput dan kendur daripada putus.
SIMPUL HIMPIT
Menyambung dua tali yang putus.
BUNGA GETI BERGANDA
Menyambung dua tali yang tidak sama besar supaya dapat digunakan dengan selamat.
TINDIH KASIH GELUNG
Untuk menurunkan seorang yang cedera dari tempat tinggi.
IKATAN SERAYA
Mengikat dua batang kayu/dua batang buluh yang bersilang.
IKATAN SERONG
Membuat jambatan, menara, gejet dan menyambung kayu.
TINDIH KASIH BERGANDA
Menyelamat orang dan dua tanjul itu boleh diubah untuk sesuaian orang sakit.
BELIT LUCUT
Digunakan untuk mengikat bot atau binatang.
Digunakan untuk turun dari atas pokok dengan menggunakan tali.
SIMPUL KERUSI

Diguna semasa kecemasan atau untuk menuruni/menaiki tebing.
SILANG GUNTING
Membuat jambatan, menara, gejet dan menyambung kayu.
SILANG TUNGKU
Membuat gejet dan menyambung kayu, khas bagi mengikat tiga batang kayu/buluh yang sama besar dan panjangnya.
LILIT BALAK
Mengikat atau mengheret kayu atau balak.
SIMPUL PASDUL
Untuk membuat tangga.
Untuk mencabut kayu pancang yang terbenam terlalu dalam tanah.
SIMPUL ABAH-ABAH
Untuk membuat tanjul di tengah-tengah tali.Tanjul itu dimasukkan keliling dada dengan tujuan untuk menarik sesuatu barang.
SIMPUL NGAH
Untuk membuat tanjul (gelung) di tengah tali. Sesuai untuk pendaki bukit. Saiz tanjul ini boleh di ubah mengikut kesesuaian orang itu.
TINDIH KASIH AIR
Untuk mengelakkan simpul dariapada mengetat atau mudah lucut bila ditarik dalam air.
IKATAN PENGAIL
Digunakan untuk menyambungkan dua tali yang halus/licin seperti tali tangsi.
LILIT KACANG
Digunakan untuk menganyam ranting pada rangka kayu untuk dijadikan papan seperti pemuka meja.
SIMPUL TAPAK KUCING
Digunakan untuk membuat gelung/tanjul pada tali supaya boleh dimasukkan takal.
SIMPUL RAGA
Digunakan untuk menghubungkan dua tali.
SIMPUL SERBAN
Digunakan sebagai hiasan.
SIMPUL BUAIAN
Digunakan untuk menggantung sekeping papan seperti platform buaian.





Pengakap Kelana


APAKAH PENGAKAP KELANA ?
Pengakap Kelana adalah kumpulan Pengakap bahagian dewasa di bawah Persekutuan Pengakap Malaysia, terbuka kepada belia yang berusia diantara umur 17 tahun setengah hingga 25 tahun. Pengakap Kelana memberikan keseronokan, mewujudkan persahabatan dan menawarkan aktiviti yang menarik kepada semua belia yang menyertainya. Aktiviti-aktiviti Pengakap Kelana dijalankan bersama ahli-ahli yang mempunyai persefahaman dan aktif di dalam satu kumpulan yang dinamakan sebagai Krew Pengakap Kelana.
Program Latihan Pengakap Kelana menawarkan aktiviti dan keseronokan diserata dunia daripada segi cabaran fizikal dan mental. Ia juga memberi peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat luar serta menyediakan peluang untuk melancong di dalam Malaysia dan juga ke luar negara. Ahli -ahli Krew Pengakap Kelana akan diberi tugas untuk menguruskan Krew sendiri dan memastikan program Latihan Pengakap Kelana dilaksanakan.
Menyertai Krew Pengakap Kelana adalah satu langkah bijak dan berfaedah dalam hidup anda. Ia membuka pintu kepada persahabatan baru, memberikan keseronokan, cabaran dan pengalaman berharga yang sukar untuk dilupakan.
Read more »



Wednesday, June 8, 2011
Persediaan Pengakap Raja 2010

Read more »

Labels:




Tuesday, May 17, 2011
Kem Pra-Pentarafan PR

Nilah dia gambar KEm PRA-PENTARAFAN PR yang diadakan di SMK Bandar Tun Hussein Onn 2 beberapa bulan yg lepas… Urm, baru nak masukkan… Klik Link di atas kalau nak tgk gamba2 lain.. ada 11 gamba semuanya…

Whahaa… Penat tapi menyeronokkan. Org kata, pengalaman boleh dicari, tapi x boleh dibeli… Betul tak??



Wednesday, November 24, 2010
Jom Siapkan Buku Log!

DSC01415
DSC01406
 DSC01404
Read more »



Home | h94

Copyright © 2008-2012 Pengakap 61 - SMK Bandar Tun Hussein Onn 2. All rights reserved.