Showing posts with label Lencana Maju. Show all posts
Showing posts with label Lencana Maju. Show all posts

Wednesday, October 20, 2010

Melipat Dan Mengibar Bendera

Melipat Dan Mengibar Bendera


1)    Ketua & penolong ketua patrol bertugas perlu melipat bendera Malaysia pada pagi semasa perkhemahan.
2)    Hanya 2 orang sahaja yang perlu melipat bendera.
3)    Ikat bendera pada tali tiang bendera dan memastikan bendera kemas dan tidak terbalik.
4)   “Merujuk gambar.”
     Rujukan : Buku Ilmiah - Panduan Lencana Kemajuan dan Kepandaian Pengakap Muda (OXFORD FAJAR)

Bendera

Menaikkan Bendera


2 cara untuk menaikkan bendera yang biasa diamalkan dalam pergerakan pengakap ialah:
1) menaikkan bendera sambil menyanyi
2) mengibarkan bendera dalam istiadat menaikkan bendera.

Antara peraturan-peraturannya ialah:
a)      Pengakap bertugas mesti memakai pakaian seragam pengakap,
b)      Satu bendera seorang pengakap.
c)      Pastikan bendera diikat dengan kedudukan yang betul dan tidak songsang.
d)      Mengikut kedudukan bendera.
e)      Bendera diletakkan di atas bahu kanan pangakap dan kedua-dua tangan memegang pada tali.
f)        Pengakap berbaris dalam patrol.
g)      Ketua kumpulan menPengakap berbaris dalam patrol.
h)      Ketua kumpulan menebut perkataan ‘Lagu Negaraku’, semua ahli menyanyi lagu kebangsaan secara serentak.

Kedudukan Bendera

1)      Kedudukan 2 bendera dikibarkan dalam satu majlis di peringkat negeri.
(Bendera Malaysia) (Bendera Negeri)
2)      Kedudukan 2 bendera dikibarkan dalam satu majlis di peringkat kebangsaan.
(Bendera Negeri) (Bendera Malaysia)
3)      Kedudukan 3 bendera dikibarkan dalam satu majlis di peringkat negeri.
(Bendera Negeri) (Bendera Malaysia) (Bendera Syarikat/ Badan)
4)      Kedudukan 3 bendera dikibarkan dalam satu majlis di peringkat kebangsaan.
(Bendera Malaysia) (Bendera Negeri) (Bendera Syarikat/ Badan)

Bendera Malaysia dan Negeri

Bendera Malaysia Dan Negeri

Bendera Malaysia (Jalur Gemilang) mengandungi 14 jalur ( 7 merah, 7 putih )yang melintang dan lebarnya sama , tanda keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri dan kerajaan persekutuan.
  1. Johor
  2. Kedah
  3. Kelantan
  4. Melaka
  5. Negeri Sembilan
  6. Pahang
  7. Pulau Pinang
  8. Perak
  9. Perlis
  10. Sabah
  11. Sarawak
  12. Selangor
  13. Terengganu
  14. Kerajaan Persekutuan
Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima  melambangkan perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua ini mengandungi anak bulan, tanda Agama Islam. Bintang pecah 14 tandanya perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan
Warna kuning pada anak bulan dan bintang ialah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.

Friday, April 9, 2010

Kem Suara Hutan 2009

Pada 1-3 Mei 2009, Pengakap Kumpulan 61 mengadakan kem bagi menguji pemegang lencana Usaha & Maju. Dengan seramai 76 orang peserta tidak termasuk guru menyertai aktiviti ini dengan jayanya.

Tempat: Kem Rimba Ria Suara Hutan,
Sg. Congkak Hulu Langat. Selangor D.E.
Tarikh: 1-3 Mei 2009

Jutaan terima kasih buat guru² yang terlibat, guru² yang datang melawat & juga
guru² yang menghulurkan pertolongan kepada kami dlm kem ini. Jasamu tidak terbalas.

Guru² yang terlibat ialah;
1) Pn. Salbiah (Pemimpin troop 61)
2) En. Farouq (Penolong pemimpin troop 61)
3) Pn. Azizon (QM dapur)

Guru² yang datang melawat/membantu;
1) En. Mohd Tazri
2) Pn. Mazura
3) Ustaz Syakirin (tazkirah selepas solat Isyak)
4) En. Asrul

Slot 1: Pertolongan Cemas bersama-sama En. Farouq



Slot 2: Pengembaraan hutan bersama En. Hanif(pemandu pelancong)


Slot 3: Mandi air terjun


Slot 4: Masakan rimba (ayam dimasak dlm buluh)
"Maaf tiada gambar memasak, masa tu semua orang lapar"


Slot 5: Gajet


Balik time.. !! semua rindu air-cond kat rumah...

Senarai Ikatan dan fungsi

Berikut merupakan beberapa jenis ikatan besertakan fungsi-fungsinya: BUKU SILA Menyambungkan dua tali yang sama besar...

Portal Belajar Online FREE




Free Educational Website For All