Wednesday, October 20, 2010

Asas Perbarisan

Asas Perbarisan

1)      Masuk Baris
-         Arahan diberi oleh jurukawat / ketua perbarisan.
-         Semua ahli pengakap masuk baris.
2)      Sedia
-         Berdiri tegak.
-         Hujung kaki dibuka lebih kurang 12cm hingga 15cm.
3)      Senang Diri
-         Bukakan kaki kiri ke kiri.
-         Kedua-dua tangan disimpan di paras punggung.
-         Tangan kanan seperti hormat pengakap dan tangan kiri menggengamnya.
4)      Rehatkan Diri
-         Seperti senang diri.
-         Tangan dinaikkan dan diletakkan di paras pinggang.

Klik pada pautan baca lagi...

5)      Ke Kanan Lurus Dan Pandang Hadapan.
-         Pengakap yang berada di barisan hadapan kanan tidak perlu bergerak.
-         Pengakap yang berada di barisan hadapan (kecuali kanan) mengeluarkan kaki kiri ke hadapan, angkat sedikit ke atas dan hentak kaki ke tanah. Diikuti oleh kaki kanan diangkat ke hadapan dan dihentak ke tanah di sebelah kaki kiri.
-         Kemudian, menggengam tangan dan hulurkannya ke sebelah bahu pengakap di kanan dan memandang ke muka pengakap di kanan.
-         Seterusnya, betulkan kedudukan dan pada masa yang sama, pengakap yang berada di belakangmengikut menggerakkan sehingga kedudukannya selari dengan pengakap lain.
-         Jatuhkan tangan dan sedia apabila mendenggar arahan pandang depan.
6)      Ke kanan/ kiri Pusing
-         Memusing kaki/kiri kanan sebanyak 90° ke kanan.
-         Angkat kaki kiri dan hentak kaki lain di sebelah kaki kanan/kiri dalam kedudukan sedia.
7)      Kebelakang pusing
-         Seperti dengan ke kanan pusing.
-         Perbezaannya ialah memusing kaki kanan sebanyak 180°.
8)      Buka Barisan
-         Barisan hadapan melangkah 2 langkah ke hadapan.
-         Barisan belakang melangkah 2 langkah ke belakang.
9)      Tutp barisan
-         Barisan hadapan melangkah 2 langkah ke belakang.
-         Barisan belakang melangkah 2 langkah ke hadapan.
10)  Langkah Ke Sebelah
-         Hukuman ini dapat diberi dalam 2 pergerakan, iaitu ke kanan dank e kiri.
-         Pengakap uang diberi hukuman mestilah melangkah kira-kira 20 inci ke kanan/ kiri.
11)  Paras
-         a) Paras ahli tinggi di tengah
-         b) Paras ahli rendah di tengah
-         c) Paras ahli tinggi di kiri
-         d) paras ahli tinggi di kanan
-         Cara membuat ( dengan memberi hukuman ) :
# yang tinggi ke kanan, yang rendah ke kiri dalam satu barisan… paras
# nombor ( pengakap pertama menyebut 1, kedua 2, ketiga 3… )
# yang ganjil angkat tangan (no. 1, 3 ,5 …)
                        # yang genap angakat tangan (no. 2, 4, 6…)
                        # jatuh (diberi apabila hukuman angkat tangan)
                        # Yang kanan sekali, diam, nombor ganjil ke kanan, nombor genap ke
kiri, barisan genap dan ganjil… paras.
                        # Jadikan 3 barisan… cepat jalan.
12)  keluar Baris
-         diberi untuk memberi rehat dan malakukan aktiviti seterusnya.
-         Pengakap berpusing ke kanan, bergerak tiga langkah ke hadapan dengan kaki kiri bergerak dahulu akhirnya pecah.
13)  Bersurai
-         Sama seperti keluar baris.
-         Perbezaannya ialah hukuman ini diberi apabila tidak ada aktiviti seterusnya pada hari itu.

Senarai Ikatan dan fungsi

Berikut merupakan beberapa jenis ikatan besertakan fungsi-fungsinya: BUKU SILA Menyambungkan dua tali yang sama besar...

Portal Belajar Online FREE




Free Educational Website For All