Wednesday, October 20, 2010

Bantuan Kecemasan

Balutan Anduh

 Pembalut
- Terdiri daripada sejenis kain putih ( lebih kurang 140cm x 90cm x 90cm )
- digunakan untuk:
  a) menuap
  b) menjauhkan benda yang patah daripada bengkak
  c)  menyapu bahagian cedera
  d) menahan darah
  e) menolong mengangkat pesakit
 Anduh
Digunakan untuk mengampu & merehatkan anggota atas serta menjauhkan anggota atas daripada menarik atau menggerakkan dada, bahu & leher.
Terdapat 3 jenis anduh, iaitu anduh besar, anduh leher dan lengan, dan anduh segi tiga.
Klik pada pautan Baca Lagi...

Melipat Dan Mengibar Bendera

Melipat Dan Mengibar Bendera


1)    Ketua & penolong ketua patrol bertugas perlu melipat bendera Malaysia pada pagi semasa perkhemahan.
2)    Hanya 2 orang sahaja yang perlu melipat bendera.
3)    Ikat bendera pada tali tiang bendera dan memastikan bendera kemas dan tidak terbalik.
4)   “Merujuk gambar.”
     Rujukan : Buku Ilmiah - Panduan Lencana Kemajuan dan Kepandaian Pengakap Muda (OXFORD FAJAR)

Isyarat Tangan Pengakap

Isyarat Tangan Pengakap


Kawat Tongkat

Kawat Tongkat

1)      Rehatkan Diri
          -     Seperti dengan sedia.
          -     Perbezaan ialah tangan kanan lurus ke hadapan dengan mengambil tongkat.
                 *Kedudukan tangan rendah daripada bahu.
2)      Senang Diri

          -     Seperti dengan rehatkan diri.
          -     Perbezaan ialah kedudukan tangan tidak rendah daripada bahu.

3)      Sedia
-     Kedudukan sedia tongkat sama dengan kedudukan sedia tanpa tongkat. -         Tongkat dipegang menggunakan tangan kanan dengan keadaan ibu jari supaya mencengkam tongkat dan luruskan siku.
-     Tapak tongkat berada di atas tanah.
4)      Baring tongkat
-         Pengakap turunkan tubuh secara menegak.
-         Kaki kiri dihentak ke hadapan.
-         lutut kanan digerakkan sehingga mencecah tanah.
-         Luruskan tangan kiri sehingga mencecah tanah.
-         Berdiri sedia tanpa memegang tongkat.
5)      Angkat Tongkat
-         turunkan tubuh secara menegak.
-         Kaki kiri dihentak ke hadapan.
-         lutut kanan digerakkan sehingga mencecah tanah.
-         Luruskan tangan kiri sehingga mencecah tanah.
-         Ambil tongkat dengan tangan kanan dan kemudian berdiri dalam keadaan sedia.
6)      Kalih Tongkat Semasa Turun Tongkat
-         Dlam keadaan sedia.
-         Ambil tongkat dengan tangan kiri tanpa menggerakkan bahagian atas lengan kiri.
-         Aihkkan tongkat ke sebelah kiri dengan pergerakan lengan 90° tanpa mengangkat pangkal tongkat.
-         Tangan kanan diangkat apabila doa dibacakan.
7)      Hormat dengan Tongkat
-         Angakat tangan kiri dengan menggunakan 3 jari dan mencecah tongkat untuk memberi hormat.

Asas Perbarisan

Asas Perbarisan

1)      Masuk Baris
-         Arahan diberi oleh jurukawat / ketua perbarisan.
-         Semua ahli pengakap masuk baris.
2)      Sedia
-         Berdiri tegak.
-         Hujung kaki dibuka lebih kurang 12cm hingga 15cm.
3)      Senang Diri
-         Bukakan kaki kiri ke kiri.
-         Kedua-dua tangan disimpan di paras punggung.
-         Tangan kanan seperti hormat pengakap dan tangan kiri menggengamnya.
4)      Rehatkan Diri
-         Seperti senang diri.
-         Tangan dinaikkan dan diletakkan di paras pinggang.

Klik pada pautan baca lagi...

Bendera

Menaikkan Bendera


2 cara untuk menaikkan bendera yang biasa diamalkan dalam pergerakan pengakap ialah:
1) menaikkan bendera sambil menyanyi
2) mengibarkan bendera dalam istiadat menaikkan bendera.

Antara peraturan-peraturannya ialah:
a)      Pengakap bertugas mesti memakai pakaian seragam pengakap,
b)      Satu bendera seorang pengakap.
c)      Pastikan bendera diikat dengan kedudukan yang betul dan tidak songsang.
d)      Mengikut kedudukan bendera.
e)      Bendera diletakkan di atas bahu kanan pangakap dan kedua-dua tangan memegang pada tali.
f)        Pengakap berbaris dalam patrol.
g)      Ketua kumpulan menPengakap berbaris dalam patrol.
h)      Ketua kumpulan menebut perkataan ‘Lagu Negaraku’, semua ahli menyanyi lagu kebangsaan secara serentak.

Kedudukan Bendera

1)      Kedudukan 2 bendera dikibarkan dalam satu majlis di peringkat negeri.
(Bendera Malaysia) (Bendera Negeri)
2)      Kedudukan 2 bendera dikibarkan dalam satu majlis di peringkat kebangsaan.
(Bendera Negeri) (Bendera Malaysia)
3)      Kedudukan 3 bendera dikibarkan dalam satu majlis di peringkat negeri.
(Bendera Negeri) (Bendera Malaysia) (Bendera Syarikat/ Badan)
4)      Kedudukan 3 bendera dikibarkan dalam satu majlis di peringkat kebangsaan.
(Bendera Malaysia) (Bendera Negeri) (Bendera Syarikat/ Badan)

Bendera Malaysia dan Negeri

Bendera Malaysia Dan Negeri

Bendera Malaysia (Jalur Gemilang) mengandungi 14 jalur ( 7 merah, 7 putih )yang melintang dan lebarnya sama , tanda keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri dan kerajaan persekutuan.
  1. Johor
  2. Kedah
  3. Kelantan
  4. Melaka
  5. Negeri Sembilan
  6. Pahang
  7. Pulau Pinang
  8. Perak
  9. Perlis
  10. Sabah
  11. Sarawak
  12. Selangor
  13. Terengganu
  14. Kerajaan Persekutuan
Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima  melambangkan perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua ini mengandungi anak bulan, tanda Agama Islam. Bintang pecah 14 tandanya perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan
Warna kuning pada anak bulan dan bintang ialah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.

Panduan Pengakap Muda

Lencana Usaha
A. Cita-cita Pengakap
1. Bendera Malaysia dan Bendera Negeri masing-masing
2. Lagu Negaraku dan lagu negeri masing-masing
3. Menaikkan bendera
4. Nama orang-orang kenamaan
5. Persetian Pengakap & Undang-undang Pengakap

Klik pada pautan baca lagi...

Monday, October 18, 2010

Persetiaan Pengakap Malaysia

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:-

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap



Persetiaan ini sentiasa dilafazkan pada setiap istiadat pengakap. Semasa melafazkannya, ahli Pengakap mestilah berdiri dalam keadaan sedia. Tangan kanan diangkat separas bahu.Tapak tangan ke hadapan, manakala ibu jari diletakkan di atas kuku jari kelingking dan tiga jari tengah diluruskan.

PENGERTIAAN PERSETIAAN PENGAKAP

· Taat kepada Tuhan
Ahli pengakap mestilah beragama dan mematuhi ajaran agama. Hendaklah sentiasa bersyukur kepada tuhan yang memberikan rezeki dan kesihatan. 
Ahli pengakap mestilah yakin kepada diri sendiri dan sentiasa menunjukkan contoh yang baik.

· Taat kepada Raja
Ahli pengakap hendaklah mentaati dan mematuhi Yang Dipertuan Agong, Raja-raja dan wakil-wakil raja. Undang-undang negara dan istiadat raja difahami. 
Disiplin dan tatatertib mestilah sentiasa diamalkan.

· Taat kepada Negara
Ahli Pengakap hendaklah menghormatu undang-undang negara, 
pemimpin-pemimpin dan dasar-dasar kerajaan. Mencegah diri daripada hal-hal yang boleh memburukkan negara.

· Menolong orang pada setiap masa
Ahli Pengakap mesti jujur dan rela hati berbakti kepada orang yang memerlukan pertolongan. Pengakap haruslah membantu pihak keselamatan atau orang ramai ketika berlaku malapetaka, kecemasan atau kemalangan.

· Menurut Undang-undang Pengakap
Ahli pengakap hendaklah mematuhi dan mengamalkan semua prinsip yangterkandung dalam undang-undang pengakap.

Senarai Ikatan dan fungsi

Berikut merupakan beberapa jenis ikatan besertakan fungsi-fungsinya: BUKU SILA Menyambungkan dua tali yang sama besar...

Portal Belajar Online FREE




Free Educational Website For All