|
Blog ini merupakan blog Pengakap SMK Bandar Tun Hussein Onn 2. Pengakap Kumpulan 61. Daerah Hulu Langat, Selangor, Malaysia.
Updates
Kem Ekspidisi ke Bukit Fraser Pengakap Kelana SMK BTHO2 Ekspidisi ke SMK Sg Long Kem Suara Hutan 2009 Kenangan manis bersama-sama Fatin Najihah pada sa... Kawad Kaki Perbarisan Bina Laman Web!!!
Jom Tukar Pautan
Once you have link to us, tell us your link by the chat box below. Thanks... Links: ATMBWTFS Blog Sembang
<hotornot/>
Penafian
Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian dan kerosakan yang berlaku atas pengunaan laman ini.
|
↑ Back to top
Cari:
Monday, October 18, 2010
Persetiaan Pengakap Malaysia
Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:-
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara Menolong orang pada setiap masa Menurut undang-undang pengakap
Persetiaan ini sentiasa dilafazkan pada setiap istiadat pengakap. Semasa melafazkannya, ahli Pengakap mestilah berdiri dalam keadaan sedia. Tangan kanan diangkat separas bahu.Tapak tangan ke hadapan, manakala ibu jari diletakkan di atas kuku jari kelingking dan tiga jari tengah diluruskan.
PENGERTIAAN PERSETIAAN PENGAKAP · Taat kepada Tuhan Ahli pengakap mestilah beragama dan mematuhi ajaran agama. Hendaklah sentiasa bersyukur kepada tuhan yang memberikan rezeki dan kesihatan. Ahli pengakap mestilah yakin kepada diri sendiri dan sentiasa menunjukkan contoh yang baik. · Taat kepada Raja Ahli pengakap hendaklah mentaati dan mematuhi Yang Dipertuan Agong, Raja-raja dan wakil-wakil raja. Undang-undang negara dan istiadat raja difahami. Disiplin dan tatatertib mestilah sentiasa diamalkan. · Taat kepada Negara Ahli Pengakap hendaklah menghormatu undang-undang negara, pemimpin-pemimpin dan dasar-dasar kerajaan. Mencegah diri daripada hal-hal yang boleh memburukkan negara. · Menolong orang pada setiap masa
Ahli Pengakap mesti jujur dan rela hati berbakti kepada orang yang memerlukan pertolongan. Pengakap haruslah membantu pihak keselamatan atau orang ramai ketika berlaku malapetaka, kecemasan atau kemalangan.
· Menurut Undang-undang Pengakap
Ahli pengakap hendaklah mematuhi dan mengamalkan semua prinsip yangterkandung dalam undang-undang pengakap.
Labels: Lencana Keahlian |